TENTANG PLATFORM

Satu platform.
Hubungan yang lebih dekat.

MyKemas menyatukan urusan harian TABIKA dalam aplikasi untuk ibu bapa dan guru, disokong dashboard web untuk pengurusan.

Apakah MyKemas?

MyKemas ialah cadangan platform digital berpusat oleh EBH IT Solutions Sdn Bhd untuk TABIKA KEMAS. Fokusnya ialah rekod anak, komunikasi dengan penjaga dan pemantauan pengurusan melalui lapan modul teras.

Status pelaksanaan

Website ini memperkenalkan skop dan reka bentuk platform. Pelaksanaan rintis, kos, jadual dan akses pengguna tertakluk kepada persetujuan KEMAS.

Ibu bapa

Lebih mudah mengikuti hari anak.

Semak kehadiran, baca catatan kelas dan urus kebenaran aktiviti melalui rekod anak sendiri.

Paparan konsep · Data contoh daripada proposal MyKemas.

Contoh skrin utama, diari dan bayaran aplikasi ibu bapa
Skop paparan dimuktamadkan semasa perancangan pelaksanaan.

Guru TABIKA

Rekod di kelas, maklumkan kepada penjaga.

Tanda hadir dan rekod pengambilan, lengkapkan diari serta pentaksiran dan sampaikan makluman kepada penjaga.

Paparan konsep · Data contoh daripada proposal MyKemas.

Contoh aliran kehadiran dan pengambilan dalam aplikasi MyKemas
Skop paparan dimuktamadkan semasa perancangan pelaksanaan.

Pengurusan KEMAS

Data untuk pemantauan dan perancangan.

Rujuk enrolmen, kehadiran, status pentaksiran dan kutipan mengikut skop daerah, negeri atau Ibu Pejabat.

Paparan konsep · Data contoh daripada proposal MyKemas.

Paparan konsep dashboard pengurusan menggunakan data contoh
Skop paparan dimuktamadkan semasa perancangan pelaksanaan.

KESINAMBUNGAN PENDIDIKAN

Dari TABIKA ke Tahun 1.

Kesinambungan ke ePIBG dicadangkan supaya profil awal anak boleh dirujuk apabila memasuki sekolah. Pemindahan tertakluk kepada persetujuan ibu bapa, skop data dan penerimaan pihak berkaitan.

  1. Rekod sepanjang TABIKA

    Guru merekod kehadiran, aktiviti dan perkembangan murid dalam MyKemas.

  2. Persetujuan sebelum pemindahan

    Penjaga diberi penerangan tentang tujuan, jenis data dan pihak penerima sebelum keputusan dibuat.

  3. Profil untuk peralihan sekolah

    Profil dipindahkan mengikut integrasi yang dipersetujui; proses padanan dan pengesahan penerima diselesaikan terlebih dahulu.

Integrasi ini ialah cadangan. Tiada pemindahan data sebenar dilakukan melalui website ini.

PENDEKATAN PELAKSANAAN

Dinilai dahulu. Diperluas berperingkat.

Projek rintis

Pilih TABIKA bersama KEMAS, latih pengguna dan kumpulkan maklum balas daripada urusan sebenar.

Peluasan negeri

Perluas mengikut hasil penilaian rintis, kesiapsiagaan pengguna dan skop yang dipersetujui.

Peringkat nasional

Peluasan berperingkat dengan dashboard Ibu Pejabat dan perancangan integrasi ke ePIBG.

Jumlah TABIKA, lokasi, tarikh dan pembiayaan akan ditetapkan bersama KEMAS.

Kenali MyKemas dengan lebih dekat.

Hubungi pasukan kami untuk penerangan platform dan perbincangan pelaksanaan.

Hubungi pasukan MyKemas